Rabu, 07 Desember 2011 - 0 komentar

Sujud

1.)Abdullah bin mas'ud ra  berkata; surah qur'an yang pertama kali diturunkan yang didalamnya terdapat ayat sajdah ialah surah an-najm, nabi membaca surah an-najm di mekkah, kemudian beliau sujud , maka sujud pula orang yang bersama beliau dari kaum itu selain orang tua yang mengambil segenggam kerikil atau debu lalu diangkat ke dahinya kemudia orang tua itu bersujud di atasnya seraya berkata"ini cuku bagiku, maka sungguh saya melihat sesudah itu ia dibunuh dalam keadaan kafir (HR Bukhari)

2.) Ibnu abbas berkata "surah shaad tidak termasuk surah yang mengharuskan sujud, tetapi aku melihat nabi sujud ketika membaca surah itu (HR Bukhari)

3.Dari Abu Abdillah, juga dikatakan dengan nama Abu Abdir Rahman iaitu Tsauban, hamba sahaya Rasulullah s.a.w. r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:"Hendaklah engkau memperbanyak bersujud, sebab sesungguhnya engkau tidaklah bersujud kepada Allah sekali sujud. melainkan dengannya itu Allah mengangkatmu sedarjat dan dengannya pula Allah menghapuskan satu kesalahan dari dirimu." (Riwayat Muslim)

Sujud Syukur
Dari Sa'ad bin Abu Waqqash r.a., katanya: "Kita semua keluar dengan Rasulullah s.a.w. dari Makkah menuju Madinah. Ketika kita sudah berada di dekat 'Azwara', beliau s.a.w. lalu turun -dari kenderaannya, kemudian mengangkat kedua tangannya terus berdoa kepada Allah sesaat, selanjutnya lalu turun untuk bersujud, kemudian berdiam diri agak lama, kemudian berdiri mengangkat kedua tangannya sesaat lalu turun untuk bersujud lagi dan ini dilakukan sampai tiga kali. Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Sesungguhnya saya bermohon kepada Tuhanku supaya dapat memberikan syafaat kepada ummatku, lalu Tuhan memberikan padaku sepertiga dari ummatku itu. Kemudian saya turun untuk bersujud kerana menyatakan kesyukuran kepada Tuhanku. Selanjutnya saya mengangkat kepalaku lalu saya bermohon lagi pada Tuhanku untuk ummatku, kemudian Tuhan memberikan kepadaku sepertiga ummatku lagi, lalu saya turun pula untuk bersujud kepada Tuhanku kerana menyatakan kesyukuran kepada Tuhanku. Seterusnya saya mengangkat kepalaku sekali lagi, lalu saya bermohon kepada Tuhanku untuk ummatku, kemudian memberikan pula sepertiga yang terakhir, maka saya turun untuk bersujud kepada Tuhanku." (Riwayat Abu Dawud)

0 komentar:

Posting Komentar